Thursday 21 November 2013

4 Alasan Yang Dibenci Allah


 Pada hari kiamat nanti Allah akan menolak empat macam alasan daripada empat jenis golongan manusia iaitu : 

1.  Orang kaya - Sekiranya dia berkata, "Kekayaan yang aku cari dengan usaha titik peluh sendiri telah menyibukkan aku sehingga aku tidak sempat melaksanakan  amal ibadat dan kebajikan." Kepada mereka ini Allah berfirman, "Kekayaanmu tidaklah setanding dengan kekayaan Nabi Sulaiman, tetapi dia sedikit pun tidak lalai dan lupa daripada mengingati Aku." 

2. Orang MiskinSekiranya dia berkata, "Kemiskinan dan kekurangan yang menyebabkan aku tidak berpeluang untuk beribadat kepada-Mu." Firman Allah kepadanya, "Kemiskinan yang kamu rasai tidaklah semiskin sebagaimana seorang utusan-Ku iaitu Nabi Isa a.s. dan dia tidaklah pula mengabaikan tanggungjawabnya kepada-Ku."

3. Hamba Sahaya Sekiranya dia berkata, "Aku adalah seorang hamba dan sentiasa terikat kepada suruhan tuanku yang menjadikan aku tidak bebas. Oleh itu, aku tidak berpeluang untuk beribadat kepada-Mu." Firman Allah kepadanya, "Utusan-Ku yang bernama Nabi Yusuf juga pernah menjadi hamba tetapi tidak pula dia leka daripada mengerjakan ibadatnya terhadap-Ku."

4. Orang Yang Menderita Sakit Sekiranya dia berkata, "Penyakit inilah yang menghalang aku daripada sujud terhadap-Mu." Firman Allah Kepadanya, "Penyakit mu itu tidaklah seteruk apa yang dialami oleh hamba-Ku yang mulia iaitu Nabi Ayub a.s., tetapi lidah dan hatinya sedikit pun tidak berhenti daripada menyebut nama-Ku."


~elakkan diri kita daripada menjadi golongan2 seperti ini walaupun satu daripadanya~
  
:: Wallahu'alam ::

No comments:

Post a Comment